masih ingat lagi zaman remaja kita dulu..? ade yang manis dan ade yang pahit, namun yang pahit dulu kini tidak sepahit dulu, kenapa?? mungkin kerana kita faham dan mengambil iktibar dari kenangan dan peristiwa dulu.
sebagai seorang yang 'degil', banyak yang aku lalui... dan aku belajar dan fahami bahwa walau apa pun kita lakukan dulu membuatkan diri kita lebih baik dari sebelumnya. dan jika diberi peluang untuk menebus masa silam..aku tidak mahu mengubah satu apa pun peristiwa yang berlaku kerana apa yang berlaku telah membuatkan aku lebih matang dan bijak mengawal keadaan.
aku juga juga bersyukur kerana ketika zaman remaja aku, mak dan ayah mengongkong pergaulan dan pergerakan aku..sesungguhnya itulah yang membuatkan aku 'selamat' dan 'berjaya' mengharungi zaman remaja..yang terlalu banyak dugaan.
namun apabila aku lihat sekeliling aku kini, bagai nak menangis melihatkan betapa 'gawat'nya remaja kini. dikonkong salah tidak dikonkong pun salah. namun sebagai ahli masyarakat tidak harus 'bergossip' sahaja pasal benda ini, kita harus ambil tindakan. tegur mana tak betul, sergah mana yang menjolok mata dan jika dah melampau talifon polis jer. mungkin ramai akan kata susah nak tegur anak orang, namun jika sesuatu berlaku kepada anak kita kerana jiran kita takut nak tegur anak kita ..apa pula perasaan kita..?
jika sesuatu yang berlaku kepada anak kita, pasti ada jiran yang datang dan kata, 'aku pernah tengok anak kau buat benda tu .. tapi takut nak tegur..nanti kau marah pulak..? cuba kita fikir kalau jiran kita bagi tau kat kita awal mungkin benda yang yang tek elok, yang mengaibkan tak berlaku.
jadi kita juga harus berfikiran begitu..sebelum sesuatu terjadi baik kita cegah...macam mana?? benda yang boleh ditegur, kita tegur..benda boleh dan harus disergah..kita sergah..benda yang menjolok mata kita report jer kat polis.
pepatah pernah menyatakan bahwa, 'hidup ibarat cermin', jika kita mahu dihormati, maka hormatilah orang lain, jika kita mahu anak kita selamat, selamatkan anak orang lain.'
berbalik kepada zaman remaja, saya lihat remaja sekarang terlalu 'bebas' bagai layang-layang putus tali.. terlalu nak ikut trend sampai tak tahu mana baik, mana buruk. saya selalu berpegang kepada kata-kata ayah saya, 'ayah lepas kan kamu, tetapi macam lepaskan layang-layang, ayah biarkan ia terbang tinggi namun talinya masih pada ayah, jadi bila ayah rasa layang-layang tu dah tak tentu arah, ayah pasti akan tarik perlahan-lahan balik kepada ayah.. '
anda faham maksudnya... cuba la tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan tentang kata-kata ayah saya. kehidupan remaja terlalu berharga untuk kita bazirkan dengan 'amukan cinta'
Friday, May 29, 2009
Tuesday, May 26, 2009
gossiper club
gossip?? hmm..ramai yang ketawa bila saya bagi nama ni kepada perkumpulan 'mafia', taman impian ehsan. namun, kita tidak harus ketawa bahawa kehidupan sosial kita akan lebih meriah dengan adanya gossip..betul tak..? orang melayu terutamanya tidak pernah lari daripada 'gossip', dan tidak keterlaluan jika saya katakan bahwa kadang-kadang kita lebih percayakan 'gossip' daripada cerita sebenar. ada orang kata 'masakan tiada angin pohon bergoyang', namun tidak juga harus lupa bahawa kadangkala ada juga 'tangan yang nakal' sengaja 'mengoncang' pokok.
saya ingin menjadikan blog ni sesuatu yang memberi manfaat kepada semua orang, terutama kepada 'young parents'. biar lah kita ber'gossip' tentang sesuatu yang memberi manfaat kepada semua. bercerita dan berkongsi idea dengan lebih efektif..cara Y2K.
saya ingin berkongsi 'gossip' yang akan memberi peluang kepada kita semua untuk membuka minda kita bukan sahaja mengenai kehidupan sebagai ibubapa, malah dari segi politik dan juga ekonomi.
matlamat hidup seharusnya mudah,..iaitu kesederhanaan, empati dan juga kasih sayang.. jadi mari kita sama-sama menjalani kehidupan dengan lebih bahagia.
saya ingin menjadikan blog ni sesuatu yang memberi manfaat kepada semua orang, terutama kepada 'young parents'. biar lah kita ber'gossip' tentang sesuatu yang memberi manfaat kepada semua. bercerita dan berkongsi idea dengan lebih efektif..cara Y2K.
saya ingin berkongsi 'gossip' yang akan memberi peluang kepada kita semua untuk membuka minda kita bukan sahaja mengenai kehidupan sebagai ibubapa, malah dari segi politik dan juga ekonomi.
matlamat hidup seharusnya mudah,..iaitu kesederhanaan, empati dan juga kasih sayang.. jadi mari kita sama-sama menjalani kehidupan dengan lebih bahagia.
Subscribe to:
Posts (Atom)